Saturday, February 14, 2009

Mari amalkan - Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha

Niat : Sahaja aku solat sunat Dhuha, 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat [ 2 rakaat dengan 1 salam]
Waktu : Pagi, anggaran 8am - 11am

Doa : Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan itu adalah perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, berkat waktu DhuhaMu,keagunganMu,keindahanMu,kekuatanMu dan kekuasaanMu. Limpahkanlah kepadaku apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan/Hadith:

Riwayat Abu Hurairah katanya :
"Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepadaku 3 perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 2 rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya :
'Setiap orang mempunya sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan 2 rakaat solat Dhuha."
[Hadith riwayat Muslim]


Marilah kita amalkan solat sunat Dhuha dan juga doa diatas. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan kurniaNya kepada kita. Mohonlah kurniaan dari Allah kerana kurnia Allah itu amat luas dan Allah itu Maha Kaya.



0 comments: