Sekilas ISK bersambung lagi..
Sepintas lalu kita selusuri perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W. yang agung, kehidupan Baginda sejak kelahirannya dan juga peristiwa2 yang begitu besar signifikasinya terhadap penyediaan Rasulullah S.A.W sendiri sebagai Nabi dan RasulNya...Antaranya:
Sepintas lalu kita selusuri perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W. yang agung, kehidupan Baginda sejak kelahirannya dan juga peristiwa2 yang begitu besar signifikasinya terhadap penyediaan Rasulullah S.A.W sendiri sebagai Nabi dan RasulNya...Antaranya:
- Dibesarkan dan disusukan di perkampungan Bani Sa'adah - bertujuan membentuk tatasusila dan akhlak yang baik serta lidah yang fasih, juga tubuh dan jasmani yang sejahtera, sementelah orang2 Arab di pedalaman memang terkenal dengan baik akhlaknya serta suasana perkampungan yang jauh dari kesibukan bandar.
- Peristiwa penyucian hati - Malaikat Jibril telah datang membelah dada Baginda dan menyucikannya
- Mengembala kambing dan berniaga - memupuk sifat sabar serta mampu berdikari
- Dipelihara dari majlis sia2 dan amalan syirik - Kisah di mana Baginda ditidurkan sewaktu terlintas di hati untuk menghadiri majlis2 keramaian seperti pemuda2 lain, satu pemeliharaan Allah pada RasulNya
- Gelaran Al-Amin & As-Shadiq - menyerlahkan kebaikan akhlak Rasulullah di kalangan kaumnya
Kemudian kita meninjau situasi masyarakat Arab di zaman kelahiran Rasulullah serta situasi dunia pada masa itu, yang dapat kita simpulkan sebagai Era Jahiliyyah. Era ini merujuk kepada 2 aspek (kita bincangkan khusus Masyarakat Arab):
- Material - mengalami kemerosotan dari segi material, ekonomi, tiada penciptaan baru atau perkembangan teknologi
- Moral - dari segi aqidah, mewarisi ajaran Nabi Ibrahim tetapi telah terpesong dengan penyembahan berhala, asobiyah jahiliyah, juga berleluasanya: zina, judi, pembunuhan anak perempuan serta penindasan golongan miskin dan anak yatim
Di tengah2 kekusutan jahiliyah serta keruntuhan akhlak dan moral masyarakat Arab Jahiliyah inilah munculnya Nur (sinar) yang bakal menerangi seluruh dunia..bermula di gua Hira' tempat Rasulullah S.A.W. berkhalwah (mengasingkan diri), berfikir tentang umatnya dan menyembah Allah S.W.T. mengikut ajaran Nabi Ibrahim. Penurunan wahyu dan juga peristiwa kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. menandakan bermulanya ketentuan Allah yang merubah kehidupan seluruh manusia...Di sinilah bermulanya dakwah (seruan) kepada hakikat ketuhanan yang satu iaitu kepada Allah Pemilik Seluruh Alam ini:Dakwah (Penyebaran Islam) 610 - 623 M
- Dakwah Sirriyah (Dakwah secara sembunyi) - selama 3 tahun kepada keluarga dan kenalan terapat, ramai wanita dan golongan hamba memeluk Islam, dianggarkan seramai 40 orang memeluk Islam selama tempoh ini
- Dakwah Jahriyyah (Dakwah secara terang2an) - Bermula dengan keluarga (26:214), kemudian kepada masyarakat umum (15: 94)
- Dakwah di Mekah berlangsung selama 13 tahun, berbagai2 cubaan dan penentangan dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W. & sahabat.
- Peristiwa Hijrah: satu titik tolak kepada penubuhan negara Islam (Daulah)
Daulah (Negara Islam) 623 - 633 M
- Rasulullah diangkat menjadi pemimpin negara Islam dan undang2 Islam dilaksanakan (Piagam Madinah)
- Ayat2 yang menjelaskan hukum-hakam Islam turun semasa fasa ini (jihad, azan, puasa, zakat, arak, riba', perkahwinan, hijab, haji dsbnya)
- Antara peristiwa2 penting yang berlaku:
- -Pembinaan Masjid Nabawi
- -Persaudaraan Aus & Khazraj
- -Piagam Madinah
- -Seruan jihad - Badar, Uhud, Khandaq, Khaibar, Mut'ah, Hunain, Tabuk
- -Perjanjian Hudaibiyah
- -Surat kepada Amir/raja2 (Habsyah, Mesir, Parsi, Rom, Bahrain, etc.)
- -Fathul Mekah 8H
- -Haji Wida' & kewafatan Rasulullah S.A.W.
- Bilangan umat Islam pada fasa ini dianggarkan seramai 124000 orang berdasarkan kehadiran jemaah haji Wida'


0 comments:
Post a Comment