Friday, January 23, 2009

Keratan Akhbar Hari Ini

Lima sukarelawan Aman Palestin ke Gaza


BANGI 21 Jan. - Lima sukarelawan Aman Palestin akan berlepas ke Mesir malam ini dan akan cuba memasuki Gaza melalui sempadan Rafah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman tentera Israel itu.

Pasukan yang diketuai Pengerusi Eksekutifnya, Abdullah Zaik Abd. Rahman dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin itu akan menyampaikan sendiri bantuan berupa ubat-ubatan, makanan, ambulans dan janakuasa serta peralatan pembedahan.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini, Abdullah Zaik berkata, bantuan pertama ini bernilai lebih RM800,000 yang merupakan sumbangan rakyat negara ini.

"Di Mesir, kita membeli sebuah ambulans yang lengkap dengan peralatan unit rawatan rapi dan pembedahan, tiga janakuasa bagi kegunaan hospital dan pakej makanan berkhasiat," katanya.

Selain beliau, pasukan itu turut dianggotai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin iaitu Ir. Zaini Awang, Hasimah Salleh, Shamsul Maarif Ismail dan Abd. Rahman Mat Dali yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.

Abdullah Zaik berkata, di samping misi menyampaikan bantuan kemanusiaan, pihaknya juga akan meninjau kesan kemusnahan ekoran serangan Israel baru-baru ini bagi merangka pelan bantuan selanjutnya.

"Tinjauan itu penting bagi menganggarkan bantuan susulan dan mengikut perancangan, kita akan tambah bantuan lebih banyak seperti kelengkapan hospital dan pakej bantuan pelarian," katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau, Aman Palestin berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin.

"Kita tidak melihat isu ini tamat begitu sahaja kerana rejim Zionis memang tidak pernah mematuhi gencatan senjata yang dicanangkan sendiri," katanya.

Bantuan kepada Aman boleh disalurkan melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad dan juga terus dimasukkan ke akaun Bank Islam (12029010047880) atau Maybank (562263010787).InsyaAllah...kita sama2 doakan sukarelawan kita selamat pergi dan balik....sampaikan salam kami buat saudara2 di Palestin....

.................................................

InsyaAllah kita doakan sukarelawan kita selamat pergi dan balik...sampaikan salam kami buat saudara2 di Palestin

Saturday, January 10, 2009

Ayuhai mujahideen!!


Kekejaman musuh semakin mencengkam..

Keperitan, kedukaan, air mata darah terus mengalir..

Ayuhai mujahideen!!

Usah patah semangat!!

Teruskan langkah jihadmu..

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maka Mengetahui, Mahabijaksana" (An-Nisa': 104)

Tuesday, January 6, 2009

Rintihan sayu dari kejauhan..

Saudaraku meratap hiba ketika mengecam mayat 3 anaknya yang terkorban akibat bedilan Yahudi laknatullah


Tanah air ku Palestin..


Saudara-saudara seislamku...


Aku menangis hiba dari kejauhan melihat kalian diratah2, dimamah2 dalam hidangan musuh Allah..


Aku merintih pedih mengenangkan kalian yang kedinginan di kala aku keenakan di atas tilam empuk..


Aku penuh keinsafan memikirkan sesuap nasiku adalah nikmat yang amat besar seandainya terbentang di hadapan kalian..

Adakah aku hanya mampu merintih hiba dari kejauhan?


Menangis seketika membaca khabar terbaru tentang tanah airku dan saudaraku, kemudiannya sibuk dengan kertas2 kerjaku, pelajaranku, dan kehidupan seharianku?


Hanya inikah yang mampu aku lakukan?


Di mana senjataku?


Kadangkala aku merasa diri begitu jelek sekali, air mata kutitiskan saban kali aku mengenangkan saudaraku, namun senjataku jarang sekali kuangkat, masaku masih kusia2kan, fikiranku, kemahuanku masih lagi menyimpang...

Adakah dengan ini, aku tergolong dalam golongan yang mencintai saudara2nya kerana Allah? Adakah aku akan terlepas dari tudingan saudara2ku di Palestin itu yang merayu meminta belas kasihan dari saudara2 seaqidahnya yang lain..


Oh...aku merasa malu dengan diriku...


"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah. Dan barang siapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan Kami berikan pahala yang besar kepadanya" (An-Nisa': 74)


Senjataku: doaku, usahaku, mujahadahku..


Tidak akan lagi kusimpan dan kubiarkan berdebu...akan kuangkatnya dengan megah


Kerana aku ingin menyahut rintihan saudara2ku...


Aku ingin membela nasib mereka, aku ingin mengembalikan maruah mereka yang tercalar..


Kerana saudaraku dan aku...


Adalah satu....tautan aqidah itulah yang menggetarkan hatiku setiap kali aku terkenangkan saudaraku..

Dan tautan aqidah itu memanggil2ku...aku tidak lagi selesa berdiam diri...


Ya Allah, kasihanilah saudara2ku,


kuatkan mereka, teguhkan mereka, limpahkan kasih sayangMu kepada mereka, semoga saudaraku2 yang sabar mendapat kemuliaan di sisiMu...


Kuatkan aku, sertakan aku dalam mujahadah bersama saudaraku..


Meskipun dengan senjata ampuhku dari kejauhan...


Sertakan aku bersama saudaraku Ya Allah!!


Islam pastikan menang, kuatkan keyakinan saudaraku!!