Wednesday, May 27, 2009

Lemahnya diri ini..



Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang memberi

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…


Ya Allah

Lemahnya diri ini

Kami pohon kekuatan daripadaMu

Tuntunilah langkah kami ke jalan yang Engkau redhai

Biar hanya mampu merangkak..itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku..

Berikan kami peluang merentasi jalan yang Engkau redhai

Ampunilah kekhilafan semalam atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...

Ya Rabbal’alamin.



Sumber : Iluvislam.com =)

Wednesday, May 20, 2009

[GenQ-4] Walking in the footsteps of the Prophet


~Tayangan & Halaqah~




'Walking in the footsteps of the Prophet'

Sabtu (23 May 2009)

10.00 a.m - 1.30 p.m

Otago Room, Club n Socs

Hamper akan dibuka pada hari tersebut =]

*************************************************************************

Kau serahkan segala
Demi islam tercinta
Rela dirimu terkorban
Dan jiwa menderita

Jikalau tidak kerana segala jasa-jasamu
Tidak akan terpancar nur islam
Di hati sanubari
Dikaulah pejuang yang disegani

Walau kini kau tiada
Dirimu tetap dijiwa
Kaulah Rasulullah
Yang agung Ya Habib Allah

Monday, May 18, 2009

Jom Beli! Jom Beli!~

Bismillah & Assalamualaikum!

To all Dunedin sisters!

-Jualan POTS-
memeriahkan winter anda tahun ini
~



Jom beli, jom beli!

Jangan lepaskan peluang ni~

Cool designs with affordable prices awaiting you!


v(^0^) Berminat???

sila hubungi
pearlsofthesouth[at]yahoo.com utk tempahan sekarang!


** Boleh tinggalkan email anda di bahagian comment untuk mendapatkan katalog & borang tempahan**

Wednesday, May 13, 2009

Sekilas ISK "Ini Sejarah Kita" - part 2


Sekilas ISK bersambung lagi..

Sepintas lalu kita selusuri perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W. yang agung, kehidupan Baginda sejak kelahirannya dan juga peristiwa2 yang begitu besar signifikasinya terhadap penyediaan Rasulullah S.A.W sendiri sebagai Nabi dan RasulNya...Antaranya:
  • Dibesarkan dan disusukan di perkampungan Bani Sa'adah - bertujuan membentuk tatasusila dan akhlak yang baik serta lidah yang fasih, juga tubuh dan jasmani yang sejahtera, sementelah orang2 Arab di pedalaman memang terkenal dengan baik akhlaknya serta suasana perkampungan yang jauh dari kesibukan bandar.
  • Peristiwa penyucian hati - Malaikat Jibril telah datang membelah dada Baginda dan menyucikannya
  • Mengembala kambing dan berniaga - memupuk sifat sabar serta mampu berdikari
  • Dipelihara dari majlis sia2 dan amalan syirik - Kisah di mana Baginda ditidurkan sewaktu terlintas di hati untuk menghadiri majlis2 keramaian seperti pemuda2 lain, satu pemeliharaan Allah pada RasulNya
  • Gelaran Al-Amin & As-Shadiq - menyerlahkan kebaikan akhlak Rasulullah di kalangan kaumnya
Kemudian kita meninjau situasi masyarakat Arab di zaman kelahiran Rasulullah serta situasi dunia pada masa itu, yang dapat kita simpulkan sebagai Era Jahiliyyah. Era ini merujuk kepada 2 aspek (kita bincangkan khusus Masyarakat Arab):
  • Material - mengalami kemerosotan dari segi material, ekonomi, tiada penciptaan baru atau perkembangan teknologi
  • Moral - dari segi aqidah, mewarisi ajaran Nabi Ibrahim tetapi telah terpesong dengan penyembahan berhala, asobiyah jahiliyah, juga berleluasanya: zina, judi, pembunuhan anak perempuan serta penindasan golongan miskin dan anak yatim
Di tengah2 kekusutan jahiliyah serta keruntuhan akhlak dan moral masyarakat Arab Jahiliyah inilah munculnya Nur (sinar) yang bakal menerangi seluruh dunia..bermula di gua Hira' tempat Rasulullah S.A.W. berkhalwah (mengasingkan diri), berfikir tentang umatnya dan menyembah Allah S.W.T. mengikut ajaran Nabi Ibrahim. Penurunan wahyu dan juga peristiwa kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. menandakan bermulanya ketentuan Allah yang merubah kehidupan seluruh manusia...Di sinilah bermulanya dakwah (seruan) kepada hakikat ketuhanan yang satu iaitu kepada Allah Pemilik Seluruh Alam ini:

Dakwah
(Penyebaran Islam) 610 - 623 M
  • Dakwah Sirriyah (Dakwah secara sembunyi) - selama 3 tahun kepada keluarga dan kenalan terapat, ramai wanita dan golongan hamba memeluk Islam, dianggarkan seramai 40 orang memeluk Islam selama tempoh ini
  • Dakwah Jahriyyah (Dakwah secara terang2an) - Bermula dengan keluarga (26:214), kemudian kepada masyarakat umum (15: 94)
  • Dakwah di Mekah berlangsung selama 13 tahun, berbagai2 cubaan dan penentangan dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W. & sahabat.
  • Peristiwa Hijrah: satu titik tolak kepada penubuhan negara Islam (Daulah)
Penubuhan Negara Islam pertama merupakan mercu tanda yang amat penting dalam sejarah kita, kerana di sinilah buat pertama kalinya kehidupan manusia menurut acuan Al-Quran dijelmakan dalam sebuah bentuk pemerintahan yang berlandaskan syariat yang dikehendaki Allah S.W.T. :

Daulah (Negara Islam) 623 - 633 M
  • Rasulullah diangkat menjadi pemimpin negara Islam dan undang2 Islam dilaksanakan (Piagam Madinah)
  • Ayat2 yang menjelaskan hukum-hakam Islam turun semasa fasa ini (jihad, azan, puasa, zakat, arak, riba', perkahwinan, hijab, haji dsbnya)
  • Antara peristiwa2 penting yang berlaku:
  • -Pembinaan Masjid Nabawi
  • -Persaudaraan Aus & Khazraj
  • -Piagam Madinah
  • -Seruan jihad - Badar, Uhud, Khandaq, Khaibar, Mut'ah, Hunain, Tabuk
  • -Perjanjian Hudaibiyah
  • -Surat kepada Amir/raja2 (Habsyah, Mesir, Parsi, Rom, Bahrain, etc.)
  • -Fathul Mekah 8H
  • -Haji Wida' & kewafatan Rasulullah S.A.W.
  • Bilangan umat Islam pada fasa ini dianggarkan seramai 124000 orang berdasarkan kehadiran jemaah haji Wida'
Pembukaan Kota Mekah dan juga ucapan Rasulullah S.A.W. pada detik Haji Wida' merupakan detik2 yang paling menggembirakan buat umat Islam pada masa itu, namun ianya juga merupakan detik yang paling menyebakkan dada, kerana itulah kali terakhir perjuangan bersama2 Rasulullah S.A.W. di sisi...Pemergian Rasulullah S.A.W. diiringi dengan esak tangis penuh kesayuan dan kesyahduan, serta amat dirasai kehilangannya, sehingga ada yang tidak percaya dengan berita kewafatan Rasulullah S.A.W.

video

Esak tangis itu masih kedengaran sehingga hari ini...Ya Rasulullah, kami rindu padamu...semoga Allah temukan kami denganmu di penghujung destinasi ini....

InsyaAllah, nantikan Sekilas ISK part 3....

Monday, May 11, 2009

GenQ-3 ~Special This Week~

Gen Q 3 This Week!
Daurah Gabungan : Brothers & Sisters

"Aku dan Destinasi Cintaku"



Ahad (17 Mei 2009)

Burns 2

10 a.m. - 1 p.m.

-Semua dijemput hadir-

-----------------------------------------------------------------------------

Aktiviti GenQ untuk bulan Mei selanjutnya : Klik Sini

Sunday, May 10, 2009

Promo : Winter Gathering 2009

WINTER GATHERING 2009


Photobucket


26 - 29th June 2009
Christchurch


Mengumpulkan Brothers & Sisters seluruh New Zealand
( Auckland, Welly, Palmy, Christchurch & Dunedin)

~Jom sertai Awang, Budin & Kaklong!~




Sebarang Pertanyaan/ Pendaftaran boleh dibuat kepada :

Farahziela Abu

(email/text/ym)

pu3_frhz[a]yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

Info tambahan : Klik
Sini






Wednesday, May 6, 2009

Kelekaan kala ini


Kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini sudah tentu tidak terlepas dari melakukan silap dan salah. Justeru, bekalan iman dan taqwalah yang mampu membantu memandu perjalanan hidup sebagai seorang hamba di dunia ini demi memperoleh kebahagiaan hakiki di akhirat nanti. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu sama, diciptakan dengan sebaik-baik kejadian di bumi ini, dikurniakan nikmat akal yang dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara. Inilah antara nikmat Allah yang paling agung yang diberikan Allah kepada makhluknya yang bernama manusia. Sungguh sempurna sekali penciptaan manusia yang ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Firman Allah ‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian’(Surah at-Tin:4)

Allah Maha Adil kepada setiap hamba- hambanya, dikurniakan pelbagai nikmat rezeki, kasih sayang, kesihatan yang sama bagi setiap antara kita. Namun, adakah kita seringkali menjadi hamba yang bersyukur atas setiap kurniaan nikmat itu?

Amalan manusia itu hakikatnya berbeza-beza, ada yang sering lalai dengan angan-angan tetapi masih ada juga manusia yang tekun berusaha mencari keredhaan dan keberkatan dariNya. Oleh itu, nasib kita adalah sama sekali berlainan, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil sifat-Nya. Mereka yang lalai dibalas kegagalan, kerajinan dibalas kejayaan dan pahala. Jadi, kita sememangnya telah diberikan peluang untuk memilih jalan yang manakah yang kita inginkan.

Manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh, berhenti seketika dia di sepohon pokok yang rendang ,iaitu dunia lalu ia menjadi lalai dan leka tatkala dia berehat disitu, seronok dan ghairah sehingga dia melupakan tujuan asalnya, iaitu perjalanan menuju ke akhirat yg kekal abadi.

Mengapa manusia sering lalai dalam kehidupannya, mengejar harta dan kekayaan, menikmati keseronokan yang fana, sehinggakan lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah. Lupa bahawa hidup ini adalah untuk patuh dan mengabdikan diri kepada yang Maha Esa. Kita perlu ingat bahawa hidup di dunia ini akan ditanya kelak, adakah dimanfaatkan dan diisi dengan sebaiknya atau dipenuhi dengan keseronokan semata-mata? Adakah kita ingin hidup terhina? Tanpa bekalan ilmu, iman dan taqwa sebagai bekalan kita di akhirat sana. Mahukah kita digolongkan dengan mereka yang rendah darjatnya disana? Dalam surah al-Mujadilah ayat 11, Allah berfirman ‘Allah akan mengangkat (darjat) orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat’.

Oleh itu, bajailah hati- hati kita ini dengan iman dan taqwa kepada Allah swt agar ia dapat membimbing perlayaran hidup kita di muka bumi ini. Ia sama seperti sebiji cawan yang kosong, jika ia tidak diisi dengan air maka molekul-molekul udara akan memenuhinya. Begitu juga dengan manusia, diri kita ini sentiasa memerlukan pengisian dengan ilmu-ilmu agama dan peringatan kerana jika tidak diisikan dengan iman, maka akan masuklah syaitan ke dalam hati yang kosong itu lalu syaitan akan bermaharajalela. Jika diri ini sentiasa di sirami dengan iman dan taqwa maka insyaAllah hidup kita ini akan sentiasa dekat dengan-Nya dan hati kita juga akan merasa aman bahagia.

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.’(Al-Hujurat:13)

Matlamat hidup kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini perlulah jelas. Hidup, demi mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah yang Maha Pencipta yang sudah pun menjanjikan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat sana.

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’(Al-Baqarah:201)

Oleh itu, ilmu perlu dijadikan sebagai bekalan semasa di dunia. Pepatah ada mengatakan, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Allah juga ada berfirman:
‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.’ (Al-Alaq 1-2)

Jadikan Al-Quran dan sunnah yang di tinggalkan Rasulullah saw sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan. Sesungguhnya ketinggian seseorang itu adalah kerana imannya.
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’(Ali-Imran:139)

Sesungguhnya Allah memandang tinggi kepada orang- orang yang berilmu. Maka dengan bekalan ilmu itu perlulah pula disusuli dengan usaha dan amalan- amalan yang baik. Usaha yang istiqamah serta tidak jemu dalam melakukan kebaikan.

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’ (At-Taubah:59)

Oleh itu, sedarlah wahai insan dari lena dan khayalan mu yang panjang yang semestinya tidak pernah berkesudahan. Jangan biarkan masa kita berlalu dengan sia-sia dan jangan biarkan diri kita ini terus lalai dan leka untuk selamanya. Kita perlu bangun dan bangkit semula dan terus berjuang tanpa mengenal penat dan jemu untuk agama ini. Biarlah hidup kita derita dengan usaha, kelak kita jua akan dimuliakan jika tidak didunia nun di syurga sana..Insyaallah



*Artikel ini disumbangkan oleh -nisa- ^0^ *

Tuesday, May 5, 2009

It's all about confidence, sisters!

Gen Q2 this week for sisters!

Let's have a nice picnic (rehlah) & view the spectacular creation of Allah S.W.T...
And challenge yourself on the ice rink..

Let's ice skate!!

video

Set your date:

*Saturday*
*9 May 2009*
*9.00 a.m - 1.00 p.m*

Admission fee: $9.00 (with Student I.D)
Rehlah, Picnic Snack, Games + Tazkirah in Halaqah
Ice skating

Don't forget to bring your gloves, wear thick socks & water-proof jacket (preferable)

C u there!

*************

For the rest of Gen Q activities this month, click here: Gen Q [Mei]

Sunday, May 3, 2009

Refleksi Kembara Musim Luruh 09


Syukur pada Tuhan,
Menemukan aku pada sang alam,
Dalam kembara ukhuwwah bersama teman-teman,
Tak ku lupa pada yang Menciptakan.


Hikmah kembara musim luruh penuh kenangan,
Tika ku lihat dedaunan berguguran,
Di pekan Arrowtown nan kekuningan,
Saat kita bersama berkenalan dan ketawa riang,
Saat ukhuwwah mula bercambahan,
Di balik ’tabir’ teka-teki penuh debaran,
Aku tersenyum sendirian,
Melihat pelbagai telatah dan gurauan,
Teman-teman pengembaraan.



Namun di balik kegembiraan itu,
Dedaunan itu mengingatkan aku,
Pada Yang Maha Tahu,
”...tiada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya...” [6:59]
SubhanAllah..
Dan kami meneruskan kembara,
Ke bumi Queenstown dengan semangat membara.




Banjaran gunung tak bersalji menghiasi pemandangan,
Riak air jernih Tasik Wakatipu menenangkan,
Tak pernah serik menjenguk batuan di tepian,
Kepulan awan putih berarak perlahan,
Berlatarkan langit tinggi nan kebiruan,
Aku kagum sendirian.

”...Ya Allah, tidak Engkau jadikan
Semua ini sia-sia,
Maha Suci Engkau,
Lindungilah kami dari azab neraka”
[3:191]


Doa dari kalam suci,
Tersemat kemas di hati,
Terucap di bibir,
Saat melihat kesempurnaan ciptaanNya.

Namun cukupkah sekadar mengucap,
Tanpa memikirkan?


Pernah terdetikkah di lubuk hati yang terdalam,
Ada apa dengan gegunungan?
Ada apa dengan air di tasik dan lautan?
Ada apa dengan batuan, langit dan awan?

Beleklah mushaf agung dari Tuhan,
Hayati dengan hati dan fikiran,
Kan kau temui jawapan.

Ada apa dengan gegunungan?

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh
supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka
dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas,
agar mereka mendapat petunjuk.”
[21:31]

”Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?”
[78:6-7]



Dan benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung,
Yang terlihat dari mata adalah gunung,
Tinggi memuncak,
Namun di bawah bongkah besar terpacak,
Tunjangnya merayap berkali ganda ke kerak,
Menjadi pancang pasak,
Menstabilkan bumi yang dihamparkan,
Ya, kajian geologi membuktikan,
Kebenaran kata-kata Tuhan.

Ada apa dengan air?

”Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan,
Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga,
dan yang satu lagi masin lagi pahit;
serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu
sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.”
[25:53]



Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung,
Yang menjadikan pertemuan,
Antara dua jenis air,
Yang nampak sama,
Tapi berlainan,
Dan ada sekatan,
Yang tak terlihat dek mata kasar,
Dan aku pernah merasa keduanya,
Ya, satu menyegarkan, satu memedihkan,
Keduanya bertemu di satu sempadan,
Tak tercampur lantaran berbeza ketumpatan,
Betapa hebatnya ciptaan!

Ada apa dengan awan?

”Tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan
awan bergerak perlahan-lahan,
kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya,
kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?
selepas itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya...” [24:43]



Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung,
Kepulan awan-awan kecil itu,
Ditolak angin, berarak perlahan,
Rupanya menuju satu titik pertemuan,
Di hujung membentuk segunung awan,
Memberat, tidak tertahan,
Maka keluarlah titisan-titisan air sebagai hujan.

Ada apa dengan langit?

”Allah jualah Yang menjadikan langit terangkat tinggi
Dengan tiada bertiang sebagaimana Yang kamu melihatnya,
kemudian ia bersemayam di atas Arasy;
dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)
tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan.
Allah jualah Yang mentadbirkan Segala urusan;
ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu,
supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).”
[13:2]



Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung,
Ku lihat langit biru tak bersempadan,
Tak bertiang, tiada sokongan,
Bersamanya ada matahari dan bulan,
Satu melahirkan cahaya dan satu memantulkan,
Keduanya beredar, tiada perlanggaran,
Berkat Keagungan Tuhan yang Mentadbir Alam,
Dengan penuh kebijaksanaan.

Aku melihat dan memandang,
Alam ciptaan Tuhan,
Tak pernah ku rasai kepuasan,
Hanya dengan sekali pandangan,
Jika ada yang cuba mencari kecacatan,
Pasti takkan terjumpakan,
Kerna Allah telah berfirman,

”Dia lah Yang telah mengaturkan kejadian
tujuh petala langit Yang berlapis-lapis;
Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah
Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan
Yang tidak seimbang dan tidak munasabah;
(jika Engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) –
Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan?
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali,
nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu
Dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan),
sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga Dengan sia-sia).”
[67:3-4]

Sesungguhnya,
Yang sempurna itu indah,
Kerna sempurna itu bermakna,
Memenuhi fungsi dan tujuan,
Dan tatkala suatu ciptaan itu memenuhi tujuan,
Indahlah ia, walau tak sempurna
Pada pandangan mata segelintir insan.

Maha Sempurna Tuhan yang Menciptakan,
Dengan Tujuan,
Mengabdi diri pada Sang Rahman.

Dan akulah salah satu ciptaan,
Harus ku sentiasa ingat tujuan,
Menjadi hamba dan khalifah pilihan,
Antara segala kejadian Tuhan.



Selesai sudah suatu pengembaraan,
Bersama saudara-saudara seperjuangan,
Bersama gunung, air, langit dan awan,
Tidak ketinggalan haiwan-haiwan,
Dan dedaunan nan kekuningan,
Segalanya dalam genggaman kekuasaan Tuhan.


*Nukilan indah ini 'dihadiahkan' oleh -PemudiPlatinum-*

Saturday, May 2, 2009

P.O.T.S Sports

This week!:
  • Senamrobik (Ahad) - 19 July (8.30am) @ 83A York Place. Yang tak mampu datang, boleh senamrobik di rumah/bilik masing2 ikut video Youtube ni. Jom!! Mari kita menyihatkan badan ~ insyaAllah!

*************************************************************************************


Alhamdulillah...

Terasa cergas dan sihat pagi neh...otot2 yang sudah lama rehat pun kembali bekerja..tak sangka ramai pulak sisters yang turun main basketball pagi tadi sebab tak plan betul2 pun sebenarnya....rasa seronok, ukhuwwah pun makin erat, selain dapat membina stamina dan menguatkan jasad..

InsyaAllah, main basketball pagi tadi atau beriadah adalah sebahagian daripada ibadah, semoga Allah menerima ibadah ini...Masa beriadah ni la jugak masanya untuk mencungkil bakat2 terpendam....Baru tahu ade sister yang tangkas & licik, boleh shoot bola dari jauh dengan tepat (dapat gelaran *Saad bin Abi Waqqas terus), nampak macam ayu jek tapi hebat sebenarnya ^-^, dan banyak lagilah bakat2 terpendam yang baru jek tercungkil. Beriadah juga boleh membentuk sikap tolak ansur & saling memaafkan...maklumlah, ada sisters yang memang dilahirkan sebagai 'basketballer', tercampak2lah sisters yang lebih comel..hihi, xpe kita main suka2 ^0^

Riadah kami akhiri dengan bersalaman, dan menadah tangan kepada Allah, memohon doa:

"Allahumma 'afini fi badani, Allahumma 'afini fi samie', Allahumma 'afini fi basori"

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku

Kami baca juga doa rabitah hati...agar Allah satukan hati2 kami..Dan yang paling mahal: cheers kami: 'Allahuakbar!' (hihi...tapi slow sket, iA next time buleh kasik lebih semangat okey?)

InsyaAllah next week kita main lagi jom? Generasi Al-Quran mestilah orang2 yang sihat tubuh badan jugak kan dan cemerlang dalam semua aspek! Rasulullah S.A.W. pun pernah bersabda:

"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah walaupun pada masing2 ada kebaikan..."
(HR: Muslim)

Kuat di sini boleh merujuk kepada kuatnya iman, tapi boleh juga kepada kekuatan yang lain seperti kecergasan tubuh badan & kecekapan minda...jadi, marilah kita menjadi mukmin yang kuat dan cergas!!

So, marilah kita mulakan P.o.T.s SPoRT! as part of GenQ (Weekly riadah iA, every Sabtu kol 9.00 a.m - leh gi pasar sebelum tuh ^-^). Antara games/aktiviti riadah yang dicadangkan:

Basketball
Handball
Street soccer
Badminton
Dancerobik

------------------------

* Saad bin Abi Waqqas - terkenal sebagai sharp-shooter Islam, sahabat Rasulullah yang sangat hebat memanah & tepat sasaran panahnya setiap kali anak panah dilepaskan dari busarnya

** Sebarang cadangan games/aktiviti riadah amatlah dialu2kan ^-^.

*** InsyaAllah akan diupdate every week ^0^ (main ape, katne etc.)

P.O.T. S sudah setahun!~

...Bismillah...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi. POTS kini sudah pun berumur setahun sejak mula diperkenalkan pada Mei 2008. Tahniah & Jazakumullahu khairan kathira kepada semua tenaga yang disumbangkan dalam menjayakan POTS tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Semoga POTS terus maju dan dapat berbakti kepada semua.




~POTS..dekaaaaaaaaaaat di hati~