Monday, June 15, 2009

*Tadabbur Ilmu*


Having a break between exams?Got some free time?Let's increase our knowledge:

'Magnificence of the Ummah'

Castle B

10.30 a.m - 1.00 p.m & 3.00 p.m - 5.00 p.m

Ustaz Fauzi Asmuni

Friday, June 5, 2009

Fenomena menjelang Exam

Peluh memercik di dahi, meskipun suhu di Dunedin tak lebih daripada 7 degree celcius....tangan, kaki..semuanya kebas..huhu, kenape ye?Owwhh...dah masuk minggu exam la...Sepanjang 6 tahun bergelar pelajar di sini, dapatlah diperhatikan antara berikut fenomena2 menjelang exam yang melanda pelajar2, meskipun description di bawah ni bersifat generalization...maksudnya...tak semua orang mengalami fenomena ni...

1) Rasa 'panas' walaupun salji turun. Kena hati2 bila berkomunikasi dengan orang ni...silap hari bulan, kita pun sama terbakar

2) Kelas2 hujung2 termasuk kelas revision telah di'declare'kan cuti secara rasminya...padahal kelas2 terakhir ni ler banyak tips2 untuk exam

3) Indo-Mi dan juge jenama2 mee segera lain sume kehabisan stok di New World. Ermm...bukankah masa exam ni otak kita perlukan zat serta nutrient yang boleh meransang pemikiran, tapi nape ye kita kasik extra monosodium glutamate pulak?

4) Baju2 menunggu untuk dibasuh dengan lamanye (huhu, jangan tunggu sampai abis exam baru basuh ye), dan fesyen pun bertukar angin kepada baju yang sama untuk satu tempoh masa yang lama

5) Bilik dah macam kapal pecah, dek kerana kuatnya stadi...tak nampak katil da, buku dan kertas jek semua, pensel, kaler luna, ubat staple sume berselerakan di lantai (exagerate sungguh)

6) Ada dark circle bawah mate...pulun punya pasal kan, ade gak yang macam kena tumbuk kat mata, ada yang sepet dan terlipat2, dan ada gak yang bengkak macam ikan mas

7) Secara random akan kedengaran jeritan, yang menyebabkan terlepas sudu atau chopstik member yang tengah makan indo-mi, ada beberapa sebab berlakunya jeritan ni: tak faham2 ape yang dibace atau dah blur sangat atau esok dah nak exam dan tiba2 discover ade lagi 4 chapter tak bace ~

8) Ni paling tak bestla, semua mende main 'short-cut' kan, sampai solat pun short-cut...haish



Hihi...sepatutnya, fenomena2 yang disenaraikan di atas sebenarnya boleh kita elakkan dan gantikan dengan fenomena2 yang jauh lebih baik, yang selari dan sesuai dengan status kita yang bergelar PELAJAR MUSLIM...

1) Semakin hampir dengan exam, semakin kuat munajat kepada Allah. Kalau dulu solat hajat sebulan sekali, sekarang buatlah setiap hari (selain yang PERSADA dah anjurkan), pohon pada Allah supaya dicampakkan ketenangan & diterangkan hati. Faham hakikat ilmu ni dari Allah, maka mohonlah supaya ilmu tu dipulangkan ketika kita memerlukannya. Pernah dengar kan orang blur masa jawab exam?Ha, tu ilmunya ditahan atau ditarikbalik ler tuh..

2) Masa2 nilah nak minta restu dan mohon maaf dari mak ayah. Doa mereka makbul tau...dan kesalahan dengan mereka boleh jadi sebab kita belajar sampai nak terkeluar biji mata pun tak score2 gak..maka, belilah kad tepon yang ada di pasaran seperti EasyCall atau Yabba & daillah no. yang sepatutnya menjadi list pertama dalam fastdial list kita --> our crib!

3) Zikir (ingat Allah) dan baca Quran pun perlu lebih extensive. Bukan susah nak zikir, bukan kena tunggu lepas solat & pegang tasbih. Kalau study Health Sciences tu, setiap chapter tu directly link dengan kebesaran Allah, ambillah masa sesaat dua untuk mengagumi ciptaanNya & rasa insaf akan diri sebagai hamba. Baca Quran di masa2 kita sangat memerlukan bimbingan ni adalah ubat paling mujarab. Adakalanya, Allah temukan dengan ayat2 yang begitu memujuk & menenangkan bila kita rasa lelah & tak larat nak stadi....tak caye?TRY ar

4) Nak minta tolong Allah, janganlah buat maksiat. Hati takkan tenang, boleh ke rasa selamat tinggal solat sebab nak stadi? (contohnye) Huhu, takut ok...Kalau Allah tak redha, buleh fail dengan mudahnya, otak ni kan Allah punya, kalau Dia nak kasik shut down masa tengah jawab exam cukup dengan 'Kun Fayakun' maka jadilah....tak pun, Allah bagi kita pass dengan flying colours tapi makin hari kita makin rasa angkuh, bongkak & akhirnya tenggelam dalam kekufuran...nauzubillah...tak mahu jadi dua2!!

5) Doa lah banyak2. Doa itu kan senjata orang mukmin & berusahalah sungguh2! Kita adalah yang tertinggi sebab kita beriman & dunia ini dijadikan buat orang2 beriman ~ maka yakinlah dengan janji Allah!

Semoga rakan2 semua tabah menghadapi dugaan exam. Bersungguh2lah untuk menunaikan tanggungjawab dan harapan keluarga serta rakyat Malaysia...Betulkan niat belajar untuk mencari redha Allah dan untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah dan hambaNya di dunia ini....Alam ini Allah jadikan buat orang2 beriman, alam ini sendiri akan membongkarkan rahsianya buat mukmin yang ikhlas kepada Allah ~


* Bittaufiq wannajah fil imtihan *