Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [Surah Fussilat; ayat 33]
Tingal 3-4 minggu lagi kita bakal melangkah ke bulan Ramadhan..
Bersediakah diri kita untuk menyambut Ramadhan yang penuh berkat ini?
Kita memerlukan PERSEDIAAN untuk menghadapi MADRASAH TARBIYYAH RAMADHAN..
Maka mulakan langkah itu dari sekarang..
Jangan ditangguh lagi..
Persediaan dari awal akan menjadikan kita lebih BERSEDIA, bukan? ;)
POTS bakal menyediakan KAD MUHASABAH DIRI untuk bersama-sama memuhasabah diri dan amal kita insyaAllah..
MINGGU 1 : MENYEDARKAN HATI
MINGGU 2 : MINGGU PUASA DAN AL-QURAN
MINGGU 3 : MINGGU FAJAR, ZIKIR & SEDEKAH
MINGGU 4 : MINGGU QIAM & AMALAN SUNAT
Ralat : Minta perhatian, (Minggu 4, No 4) : Setelah merujuk Ustaz, Ganjaran bagi yg membaca Al-Quran iaitu menyamai ibadah haji dan umrah adalah kemungkinan besarnya hadith yg dhaif. Walaubagaimanapun, amalan tilawah Al-Quran itu sendiri mendapat ganjaran pahala. Jadi teruskanlah amalan tilawah Al-Quran ;).
Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(Jazakillah ukhti hanisah for spotting the mistake)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mengetuk hati2 kita dengan tetamu Al-Hidayah, syukur juga kerana Allah memberi kekuatan untuk kita membuka pintu2 hati kita dan menyambut tetamu mulia itu....semoga iman kita semuanya lebih segar berbanding sebelumnya dan semoga Allah menerima setiap amalan qiam kita semalam.
Daripada Ibnu Abbas ra. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Dan mata yang berjaga dalam jihad fi sabilillah.” (HR At-Tirmizy - Hasan Shahih).
Semoga mata2 kita yang berhirasah (berjaga malam) semalam, serta menitiskan airmata keinsafan, dijauhkan dari sentuhan api neraka. iA dikongsikan bersama di sini sumber bahan2 tazkirah semalam, buat manfaat serta renungan bersama:
Tazkirah Hati Disebut oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya: (Hadith 6 dari 40 Imam Nawawi)
'....wa inna fil jasadi mudghah, iza solahat, solahal jasadu kulluh, wa iza fasadat, fasadal jasadu kulluh, ala wa hial qalb' '....dan ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah badan seluruhnya. Ketahuilah! Itulah hati' (HR Bukhari & Muslim)
Hadith ini menjadi keterangan yang nyata, menerangkan hakikat yang tepat, kejadian yang tidak boleh dibantah, iaitu hati atau jiwa adalah pembentuk hidup seseorang. Dialah yang memegang peranan yang amat penting sekali dalam urusan menggerakkan atau memberhentikan, memperelok atau mencederakan perbuatannya, dialah seketul daging yang disebut hati.
Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhi perintahNya, menjauhi laranganNya, menghindari dari perkara2 syubhat takut terjatuh kepada yang haram. Dengan itu, turutlah baik sekelian anggota, terhentilah anggota dari berbuat sesuatu yang ditegah. Dan hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat, sehingga tidak diendahkan segala perintah. Dengan begitu rosaklah sekalian anggota kerana menurut kehendak hati. Oleh kerana itulah hati adalah ibarat raja yang memerintah rakyat jelata anggotanya.
Fitrah hati mencintai kebaikan, dan condong kepada kebaikan serta keimanan. Keimanan tidak dapat disempurnakan selagi hati tidak disucikan dari runtunan hawa nafsu atau tarikan2 jahiliyah yang bersarang penuh. Oleh kerana itu, amat penting untuk kita menjaga hati. Rasulullah S.A.W. bersabda dari Anas R.A.:
'La yastaqimu imanu 'abdin hatta yastaqimu qalbuh' (Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga lurus (lebih dahulu) hatinya)
"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hujurat: 1).
Ketahuilah bahwa semua maksiat dalam bentuk apapun adalah merupakan racun bagi hati, penyebab sakitnya hati bahkan juga penyebab matinya hati.
Berkata Abdullah Ibnu Mubarak: "Meninggalkan dosa dan maksiat dapat menjadikan hidupnya hati, dan sebaik-baik jiwa adalah yang mampu menidakkan perbuatan dosa dalam dirinya. Maka barangsiapa yang menginginkan hatinya menjadi hati yang selamat hendaklah membersihkan diri dari racun-racun hati, kemudian dengan menjaganya tatkala ada racun hati yang berusaha menghampirinya, dan apabila terkena sedikit dari racun hati bersegeralah untuk menghilangkannya dengan taubat dan istighfar."
Racun-racun hati itu banyak macamnya, di antaranya adalah berlebih- lebihan (banyak) bicara atau fudhulul kalam. Dikatakan bahawa belumlah boleh istiqamah iman seseorang sebelum istiqamah lisannya. Maka lurus dan istiqamahnya hati dalam memegang keimanan itu dimulai dari lisan yang istiqamah. Oleh kerana itulah Islam mengajarkan kepada umatnya agar tidak banyak bicara tanpa disertai dzikir kepada Allah, kerana akan mengakibatkan kerasnya hati.
Dalam salah satu hadits shahih Rasulullah S.A.W. pernah berbicara kepada sahabat Mu'adz: "Apakah engkau mahu aku tunjukkan sesuatu yang menjadi landasan kepada semua (ibadah-ibadah)?", "Baik, ya Rasulullah", jawab Mu'adz. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Cegahlah ini" (sambil mengisyaratkan dengan jarinya pada mulutnya), lalu Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, apakah kita akan dimintai tanggungjawab dari apa yang kita ucapkan?" Kemudian Rasulullah bersabda: "Semobrono kamu wahai Mu'adz, tidaklah seseorang akan ditelungkupkan wajahnya dan punggungnya ke dalam Neraka melainkan kerana hasil dari lisannya." (Diriwayatkan oleh Imam At- Tirmidzi). "Ada dua rongga yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam Neraka, iaitu mulut dan kemaluan." (HR Ahmad, At-Tirmidzi , hadith sahih).
Kemudian dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya ada seorang lelaki mengucapkan sepatah kata yang dianggap tidak apa-apa tetapi ternyata bisa menjerumuskannya ke dalam Neraka sampai tujuh puluh tahun." (HR. At-Tirmidzi dari Abu Hurairah). Dan tatkala Uqbah bin Amir bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, apakah sesuatu yang dapat menyelamatkan kita?" Lalu dijawab oleh Nabi S.A.W: "Tahanlah olehmu lisanmu."
Lalu dalam kesempatan lain Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku dari apa yang ada di antara janggut dan kumisnya dan kedua pehanya, maka aku jamin untuknya Syurga." (HR. Al-Bukhari).
Maksud dalam hadits ini, barangsiapa yang boleh menjaga apa yang ada di antara kedua bibirnya, iaitu mulut dari semua perkataan yang tidak bermanfaat dan boleh menjaga apa yang ada di antara kedua pehanya iaitu kemaluannya agar tidak diletakkan di tempat yang tidak dihalalkan Allah, maka jaminannya adalah Syurga. Kemudian dalam hadith yang lain Rasulullah S.A.W. juga bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat, hendaklah berbicara yang baik atau diam." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Dan dalam satu riwayat dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sebahagian dari tanda bagusnya Islam seseorang ialah apabila dia meninggalkan ucapan yang tidak berguna baginya." Berkata Sahl: "Barangsiapa yang masih suka bicara yang tidak berguna maka ia tidak layak dikatakan shiddiq". Apalagi bila ucapan seseorang sampai menyakiti orang lain maka belum dapat dijadikan jaminan iman yang dimilikinya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: "Demi Allah, tidaklah beriman, demi Allah tidaklah beriman", kemudian ditanyakan; siapakah gerangan yang engkau maksudkan wahai Rasulullah? Jawabnya, "orang yang menjadikan tetangganya merasa tidak aman lantaran kejahatannya."
Dengan demikian maka hendaklah seorang mukmin menjauhkan diri dari ucapan yang tidak berguna seperti; berdusta, suka mengadu domba, ucapan yang keji, ghibah, suka mencela, menyakiti orang lain dan sebagainya. Itu semua merupakan racun-racun hati sehingga apabila seseorang banyak melakukan seperti ini maka hati akan teracuni dan bila hati sudah teracuni maka lambat laun, cepat atau lambat akan mengakibatkan sakitnya hati, semakin banyak racunnya akan semakin parah penyakit dalam hatinya, dan kalau tidak tertolong akan mengakibatkan mati hatinya.
Macam-macam hati
Hati merupakan bahagian terpenting dalam tubuh manusia. Hati ini tidak akan terlepas dari pada tanggungjawab yang dilakukannya kelak di akhirat, sebagaimana firman Allah: "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggungan jawabnya." (Al-Isra: 36).
Dalam tubuh manusia kedudukan hati dengan anggota yang lainnya adalah ibarat seorang raja dengan seluruh bala tentera dan rakyatnya, yang semuanya tunduk di bawah kekuasaan dan perintahnya, dan bekerja sesuai dengan apa yang dikehendakinya. "Ketahuilah bahawa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
1. Hati yang sihat
Iaitu hati yang terbebas daripada berbagai penyakit hati. Firman Allah: "(Iaitu) di hari yang harta dan anak-anak tidak akan bermanfaat kecuali siapa yang datang mengharap Allah dengan membawa hati yang salim (selamat)." (Asy-Syu'ara': 88-89).
Ayat ini sangatlah mengesankan, di sela-sela harta benda yang diburu dan dikejar-kejar orang, dan anak-anak laki-laki yang sukses dengan materinya dan sangat dibanggakan, ternyata itu semua tidak akan memberi manfaat kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat. Iaitu selamat dari semua nafsu syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah dan laranganNya, dan dari semua syubhat yang memalingkan dari kebenaran, selamat dari peribadatan dan penghambaan diri kepada selain Allah, selamat dari berhukum dengan hukum yang tidak diajarkan oleh Allah dan RasulNya, dan mengikhlaskan seluruh peribadatannya hanya kerana Allah, iradahnya, kecintaannya, tawakkalnya, taubatnya, ibadah dalam bentuk sembelihannya, takutnya, raja'nya, diikhlaskannya semua amal hanya kepada Allah.
Apabila ia mencintai maka cintanya kerana Allah, apabila ia membenci maka bencinya karena Allah, apabila ia memberi maka memberinya kerana Allah, apabila menolak maka menolaknya kerana Allah. Dan tidak hanya cukup dengan ini, sampai ia berlepas diri dari semua bentuk keterikatan dan berhukum yang menyelisihi contoh dari Rasulullah. Maka hatinya sangat tertarik dengan ikatan yang kuat atas dasar mengikuti jejak langkah Rasulullah semata, dan tidak mendahulukan yang lainnya baik ucapan mahupun perbuatannya. Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hujurat: 1).
2. Hati yang mati
Iaitu kebalikan dari hati yang sihat, hati yang tidak mengenal dengan Rabbnya, tidak melakukan ibadah sesuai dengan apa yang diperintahkanNya, dicintaiNya dan diridhaiNya. Bahkan selalu memperturutkan nafsu dan syahwatnya serta kenikmatan dan hingar bingarnya dunia, walaupun ia tahu bahwa itu amatlah dimurkai oleh Allah dan dibenciNya. Ia tidak pernah peduli tatkala memuaskan diri dengan nafsu syahwatnya itu diridhaiNya atau dimurkaiNya, dan ia menghambakan diri dalam segala bentuk kepada selain Allah. Apabila ia mencintai maka cintanya kerana nafsunya, apabila ia membenci maka bencinya kerana nafsunya, apabila ia memberi maka itu kerana nafsunya, apabila ia menolak maka tolakannya atas dasar nafsunya, maka nafsunya sangat berperanan dalam dirinya, dan lebih ia cintai daripada redha Allah.
Orang yang demikian menjadikan hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai komandannya, kebodohan menjadi pemandunya, dan kelalaian sebagai tunggangan dan kenderaannya. Fikirannya hanya untuk mendapatkan dunia yang menipu ini dan dibuat mabuk oleh nafsu untuk mendapatkannya, ia tidak pernah meminta kepada Allah kecuali dari tempat yang jauh. Tidak memerlukan nasihat-nasihat dan selalu mengikuti langkah-langkah syaitan yang selalu merayu dan menggodanya. Maka bergaul dengan orang seperti ini akan mencelakakan kita, berkawan dengannya akan meracuni kita, dan duduk dengannya akan membinasakan kita.
3. Hati Yang Sakit
Iaitu hati yang hidup tapi ada penyakitnya, hati orang yang taat terhadap perintah-perintah Allah tetapi kadangkala juga berbuat maksiat, dan kadang-kadang salah satu di antara keduanya saling berusaha untuk mengalahkannya. Hati jenis ini, mencintai Allah, iman kepadaNya beribadah kepadaNya dengan ikhlas dan tawakkal kepadaNya, itu semua selalu dilakukannya tetapi ia juga mencintai nafsu syahwat dan kadang-kadang sangat berperan an dalam hatinya serta berusaha untuk mendapatkannya. Hasad, sombong (dalam beribadah kepada Allah), ujub, dan terombang-ambing antara dua keinginan iaitu keinginan terhadap kenikmatan kehidupan akhirat serta keinginan untuk mendapatkan gemerlapnya dunia. Halatuju hatinya selepas ini hanya 2: hidup sihat atau mati, sihat apabila ditutup pintu2 maksiat, dan dipilih pintu2 hidayah, dan mati jika sebaliknya
Maka hati yang pertama hidup, tumbuh, khusyu' dan yang kedua layu kemudian mati. Adapun yang ketiga dalam keadaan tidak menentu, apakah akan hidup ataukah akan mati. Kemudian banyak sekali orang yang hatinya sakit dan sakitnya bahkan semakin parah, tetapi tidak merasa kalau hatinya sakit, bahkan sekalipun telah mati hatinya tetapi tidak tahu kalau hatinya telah mati. Na'udzu billah min dzalik.
Friday night, ungkapan keramat yang sering ditunggu-tunggu oleh para pelajar hampir setiap minggu memandangkan ia adalah malam permulaan untuk cuti pendek iaitu sabtu dan ahad. Lazimnya, Friday night selalu sahaja diisi dengan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan stress belajar, tidak kurang juga masih terdapat pelajar yang masih bermotivasi tinggi untuk memanfaatkan Friday night dengan menelaah pelajaran. Tetapi jumlahnya hanya boleh dikira dengan jari ;) Bagi mengisi 'kekosongan' Friday night yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, GenQ akan menganjurkan Program PERMATA KHALWAH. InsyaAllah kita bakal mengisi malam tersebut dengan Tazkirah dan Qiamulail secara beramai-ramai. Ambillah peluang ini untuk mendekatkan diri dan bermunajat kepada Allah swt. Rebutlah keredhaanNya dan peluang keampunan selagi kita masih punya peluang, masih punya waktu dan kesihatan, dan selagi nyawa masih di badan sebelum pintu taubat itu tertutup buat kita selama-lamanya.. PERMATA KHALWAH
7 pm (24 Julai) until9 am (25 Julai)
153 Leith St
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" [Al-Isra' :79]
"Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan." [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Gegaran yang dirasai di Dunedin malam tadi adalah berpunca daripada gempa bumi yang berpusat di Fiordland. Gempa bumi ini direkodkan antara yang tertinggi oleh GNS iaitu mencecah 7.8 skala Ritcher pada pukul 9.22 malam semalam, dan menurun kepada 6.1 skala Ritcher 20 minit kemudian. Gegaran yang pertama adalah sedalam 12 km dan berpusat di 100 km utara-barat Tuatepere (tempat attachment medical student ni!).
GNS Seismologist, Bill Fry melaporkan bahawa gegaran semalam dirasai sejauh Christchurch dan kemungkinan besar juga sehingga ke Lewis Pass. Jurucakap Kementerian Pertahanan, Vince Cholewa berkata pihak berkuasa mengambil langkah berjaga2 dengan mengumumkan amaran 'potential tsunami' di Southland. Pusat amaran Tsunami Pasifik di Hawaii mengeluarkan amaran ini sejurus selepas gegaran dirasai berdasarkan skala di antara 6.6 sehingga 8.2 skala Ritcher. Meskipun tidak diketahui samada gegaran malam tadi menghasilkan tsunami, namun menurut Pusat Amaran Tsunami, gempa bumi bersaiz 6.6 skala Ritcher ini mampu menghasilkan tsunami yang boleh memusnahkan kawasan pantai berhampiran gegaran dalam masa beberapa minit ke beberapa jam.
New Zealand menerima 10, 000 hingga ke 15, 000 gegaran gempa bumi setahun, dan skala paling tinggi pernah direkod ialah 8.2 skala Ritcher iaitu semasa Gempa Bumi Wairarapa pada tahun 1855, diikuti pada tahun 1931 iaitu Gempa Bumi Hawke's Bay yang mencatat magnitude setinggi 7.8 skala Ritcher.
(Diterjemah/diringkaskan daripada: New Zealand Herald News)
Semoga gegaran kecil yang kita rasai semalam dapat memberi gegaran yang jauh lebih besar di hati kita...Ambillah ia sebagai satu peringatan dari Allah S.W.T. dan semoga ianya membawa kita lebih dekat denganNya...Sesungguhnya Hari Kiamat itu sudah begitu hampir dan ianya pasti akan berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dijauhkan daripada mendapat siksaan dan penderitaan pada hari yang tiada gunanya sesal dan taubat.
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat Dan bumi mengeluarkan beban2 berat (yang dikandungnya) Dan manusia bertanya, "Apa yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya Kerana sesungguhnya Tuhamnu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok2 untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya
(Surah Az-Zilzal)
Terbaru hari ini (16 Julai 2009) - New Zealand Herald News:
Amaran berjaga2 tsunami telah dibatalkan berikutan saiz ombak yang hanya sebesar 17cm dilaporkan di pantai Bluff dan disahkan pada pukul 10.30 malam semalam. Alhamdulillah!Walaubagaimanapun, the Earthquake Commission (EQC) melaporkan menerima 223 aduan kerosakan daripada Invercargill, Dunedin, juga Christchurch dan Greymouth berikutan gempa bumi Fiordland.
Salam semua, Masih dalam mode cuti? Bagaimana dengan Pakej Percutian Istimewa anda?Enjoying it? MasyaAllah...semoga Allah berikan keberkatan masa!
Mahu menambah perisa dalam Pakej Percuti Istimewa (buat yang masih bercuti?), buat yang tidak bercuti juga, marilah menambah ilmu di dada!! Mari2 sertai kami dalam daurah:
SAYONARA (Bye2) JAHILIYAH Club n Socs (will be texted) Khamis 9 Julai 2009 6.30 - 8.30 p.m Sisters & Brothers are invited!
Semiggu lagi Winter Break bakal melabuhkan tirainya! Semester 2 pula bakal bermula. Ada seminggu lagi masa senggang untuk diisi. Tak tahu nak buat apa di rumah? Bosan? Mahu manfaatkan cuti dengan menambah ilmu? Jom sertai P.O.T.S dalam aktiviti "To-Do-List WINTER BREAK"
Jadual To-Do-List ;
Jadual di atas boleh dijadikan sebagai guide =)
Jadual dah ada, skrg Bahan pula :
1. Riadah(klik kat warna pink ye):
Boleh pergi ke Unipol (badminton/basketball/netball/Gym etc)
Bahan (pdf) boleh didownload dari folder Bahan Bacaan Winter dalam kotak Box.net di Halwa telinga kat sebelah tu je =)
4. Kisah sahabat :
Kompilasi kisah sahabat boleh didownload dari folder Bahan Bacaan Winter juga (tajuk : Kepahlawan Sahabat) - 1 hari 1 kisah sahabat, boleh baca after solat zohor/asar dengan ahli rumah ;)
Arahan: Sila susun peristiwa berikut mengikut kronologi yang betul
Jawapan: Kerasulan Muhammad SAW – 40 tahun
Pengistiharan umum kerasulan – 43 tahun
Hijrah ke Habsyah – 45 tahun
Lawatan ke Thaif – 50 tahun
Isra’ dan Mikraj – 50 tahun
Biatul Aqabah I dan II – 52 dan 53 tahun
Pembentukan Daulah Islamiyah yang pertama – 1 H
Perang Badar – 2 H
Perang Uhud – 3 H
Perjanjian Hudaibiyah – 6 H
Perang Khaibar – 7 H
Perang Mu’tah, Fathul Mekah – 8 H
Perang Tabuk – 9 H
Haji Terakhir – 10 H
Memerangi golongan Murtad – S. Abu Bakar
Pembukaan Baitul Maqdis yang pertama – S. Umar
Pengumpulan AQ kepada Mushaf Osmani – S. Uthman
Peperangan Jamal – S. Ali
Penyerahan Khilafah kpd Muawiyah bin Abi Sufyan – Kerajaan Bani Umayyah
Pentadbiran Islam berpusat di Damsyik – Kerajaan Bani Abbasiyah I
Pentadbiran Islam berpusat di Baghdad – Kerajaan Bani Abbasiyah II
Serangan tentera Monggol – Kejatuhan sementara Abbasiyah
Peperangan Ain Jalut – Kekalahan tentera Monggol
Pembebasan Constantinople – Turki Uthmaniyah (oleh S. Muhammad Al-Fateh)
Sultan Abdul Hamid II digulingkan – Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pembubaran Khalifah dan pemisahan antara agama dan urusan pentadbiran Negara. – Hilangnya khalifah islamiyyah di muka bumi ini
Komen & Pembetulan dari penganjur: 1) hijrah ke Habsyah sebelum thaif 2) Perjanjian Hudaibiyah sebelum perang Khaibar 3) Perang Khaibar tak sama dgn perang khandak sbb nama lain perang khandak is perang ahzab
Salam warga sisters Otago semua!! Mari meriahkan hujung minggu/cuti semester kita dengan riadah yang boleh mengisi rohani dan juga mengeratkan ukhuwwah... iA kita jumpa di:
DUNEDIN BOTANICAL GARDEN (kumpul di padang sebelah Green House, boleh nampak dari car park)
**KALAU HUJAN SILA BERKUMPUL DI THE LINK, CENTRAL lIBRARY**
AHAD 5 July 2009 10.00 - 12.30 p.m
Jgn lupa bawa Quran terjemahan
Pakaian tebal & warm diperlukan
Mari kita lihat siapakah juara GenQ race tahun ini : )
Bertaqwalah engkau kepada Allah walau di mana pun engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.